Hajiji Noor jalani kuarantin kendiri selepas terdedah individu positif Covid-19

Hajiji Noor menjalani kuarantin kendiri secara sukarela sebagai langkah pencegahan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor akan menjalani kuarantin di rumah selama 2 minggu selepas terdedah kepada individu positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan setiausaha kerajaan negeri Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan, Hajiji secara sukarela mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri.

“Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan (Kabinet negeri), ia akan dibuat melalui persidangan video,” katanya.