Timbalan pendakwa raya didakwa rasuah ditahan

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk direman.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pendakwa raya (DPP) kerana disyaki menerima rasuah RM350,000, kata sumber kepada FMT.

Sumber memaklumkan lelaki berusia 37 tahun itu bertugas di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.

“Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk direman, SPRM dapat perintah reman 6 hari.”

“Saya percaya suspek ditahan semalam. Pihak berkuasa percaya dia menerima rasuah RM350,000 daripada pemilik syarikat berkait kes penipuan tanah.”

FMT sudah menghubungi SPRM dan sedang menunggu jawapan.