Semua peserta mesyuarat MKN bersama menteri agama negatif Covid-19

Semua yang menghadiri mesyuarat pada 3 Okt yang dihadiri Menteri Zulkifli Mohamad Al-Bakri didapati negatif, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA: Semua individu yang menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara pada 3 Okt yang disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang didapati positif Covid-19 baru-baru ini, disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan pengesanan kontak rapat lain sehingga hari ini mendapati tiada dikesan positif.

“Sehingga hari ini tiada kes lain yang dikesan positif,” katanya pada sidang media hari ini.

Zulkifli disahkan positif pada 5 Okt lalu dan kini sedang menjalani rawatan.