Lagi sekolah di Perak ditutup akibat Covid-19
SMK Raja Lope Nor Rashid di Tanjong Piandang ditutup bermula hari ini hingga Isnin depan.
PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri Perak memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Lope Nor Rashid di Tanjong Piandang ditutup bermula hari ini hingga Isnin depan.
Dalam kenyataan hari ini jabatan itu berkata, sekolah berkenaan ditutup bermula 20 hingga 26 Oktober dan akan dibuka semula pada 27 Oktober.
“Penutupan sekolah ini dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria dilaporkan berkata, penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Lekir, Sitiawan, dilanjutkan hingga 26 Oktober depan.
Manakala, SMK Dato Haji Mohd Taib, Chemor mula ditutup pagi ini selepas 1 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan seorang pelajar.
Semalam, Razman turut memaklumkan 3 sekolah di Perak diarah tutup selama 7 hari.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Sekolah terlibat adalah SK Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta SMK Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.