8 kluster baru dikesan hari ini

8 kluster baru dikesan hari ini

4 melibatkan KL, manakala yang lain membabitkan Johor, Selangor, Perak, Kelantan, dan Pahang.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenalpasti lapan kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Tapak Bina Galeri, Muda, Bukit Dalam, dan Jalan Genting melibatkan Kuala Lumpur; Kluster Cempaka membabitkan Johor; Sungai Cicin membabitkan Perak, Johor, dan Selangor; dan Kluster Huma dilapor di Kelantan dan Atabara di Pahang.

Memperincikan kluster berkenaan, Hisham berkata, Tapak Bina Muda membabitkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai, dan Kepong.

“Kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif pada 4 Dis hasil saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sejumlah 346 individu disaring, yang mana 11 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kluster Tapak Bina Galeri yang dikesan di Lembah Pantai dan Cheras, kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif pada 2 Dis hasil saringan bersasar di tapak 5 pembinaan.

“Sehingga hari ini, sejumlah 232 individu disaring, dengan 16 kes dikesan positif.”

Kluster berikutnya, Bukit Dalam melibatkan daerah Lembah Pantai, kes indeks dilaporkan positif pada 30 Nov hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, seramai 13 kes dilapor positif.”

Manakala bagi Kluster Cempaka yang membabitkan daerah Kulai dan Kluang, kes indeks merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif pada 2 Dis.

“Sehingga 4 Dis, sejumlah 92 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.”

Bagi Kluster Sungai Cincin pula yang dikesan di daerah Batang Padang (Perak), Segamat (Johor), dan Klang (Selangor), kes indeks dilapor positif pada 1 Dis hasil saringan individu bergejala.

“Setakat hari ini seramai 15 dikesan positif hasil saringan terhadap 32 individu.”

Manakala bagi Kluster Huma, melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu, kes indeks dilapor positif pada 2 Dis hasil saringan kontak rapat.

“Sehingga 4 Dis, sejumlah 80 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif dalam kluster ini.”

Kluster berikutnya, Jalan Genting melibatkan daerah Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Bentong (Pahang).

“Kes indeks dilaporkan positif pada 1 Dis hasil saringan tempat kerja.

“Sehingga semalam, sejumlah 21 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.”

Kluster terakhir, Atabara yang melibatkan daerah Kuantan dan Pekan, kes indeks dilaporkan positif pada 2 Dis hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 53 individu disaring, dengan 5 kes dikesan positif.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.