Nak ‘move on’? Hapuskan syarat ahli KWSP Kategori 2 keluarkan simpanan, kata Najib kepada kerajaan

Nak ‘move on’? Hapuskan syarat ahli KWSP Kategori 2 keluarkan simpanan, kata Najib kepada kerajaan

Najib berkata KWSP patut menarik balik syarat pemohon kategori 2 wajib mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

PETALING JAYA :
Hapuskan syarat untuk ahli kategori 2 dan kita boleh “move on” – itu tuntutan bekas perdana menteri Najib Razak kepada kerajaan bersabit pencarum kategori itu yang mahu mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP mereka.

Najib berkata kerajaan harus menarik balik syarat yang mewajibkan pencarum kategori itu mengemukakan pelbagai dokumen untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka.

Selain itu, mereka hanya boleh membuat permohonan bermula 11 Jan 2021 dan

dikehedaki menunggu 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan keputusan permohonan, manakala bayaran akan dibuat akhir bulan Februari.

Kategori 2 pengeluaran caruman adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.

Najib mengakui kerajaan sudah menambah baik pengeluaran akaun 1 KWSP bagi mereka di bawah kategori 1 minggu ini yang “banyak memberi manfaat kepada pelbagai pihak.”

“Ini yang kami tuntut sejak bulan Oktober lalu walaupun PM8 (Muhyiddin Yassin) berkata ianya “sukar” untuk dilakukan pada masa itu.

Najib berkata dengan isu pencarum kategori 1 selesai, kini kerajaan perlu menangani masalah pencarum di bawah kategori 2.

“Ia perlu ditambah baik dengan tidak lagi meletakkan syarat dan tidak lagi perlukan bukti dokumen diserah ahli (KWSP),” kata Najib.

Beliau berkata langkah itu penting supaya 4 juta pencarum KWSP tidak perlu beratur di pejabat KWSP pada masa pandemik Covid-19 untuk mengemukakan dokumen mereka.

Najib berkata jika KWSP terus mengenakan syarat, bukan sahaja pencarum dan kakitangan KWSP menanggung risiko Covid-19, pemerosesan permohonan akan lambat.

Beliau berkata penarikan balik keperluan mengemukakan dokumen akan membolehkan permohon di bawah kategori 2 tidak perlu menunggu sehingga 3 bulan sebelum menerima bayaran pertama.

“Bahagian akhir iaitu kategori 2. Selepas ianya di perbetulkan, kita ‘move on’ (maju ke depan),” janji Najib. kepada kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.