
Mesyuarat Penyelarasan dan Persiapan Mesyuarat Ke-3, Penggal Ke-3 yang dipengerusikan oleh Presiden Dewan Negara, Rais Yatim, bertujuan membolehkan lebih ramai ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perbekalan 2021 serta urusan kerajaan lain.
“Bagi memanfaatkan sepenuhnya masa yang terhad, mesyuarat juga bersetuju ditiadakan waktu rehat biasa semasa sesi perbahasan Dewan Negara, sama sebagaimana diamalkan Dewan Rakyat dengan waktu persidangan dari jam 10 pagi hingga 2 petang,” menurut kenyataan itu.
Ketika ini, tarikh persidangan dari 16 Dis hingga 23 Dis.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan; ahli Dewan Negara; Majlis Senator; wakil Kementerian Kesihatan; wakil Majlis Keselamatan Negara serta wakil Bomba.
Bagi memastikan kelancaran persidangan Dewan Negara, Presiden mengingatkan semua ahli supaya perbahasan mestilah padat, berkualiti serta harus mempraktikkan akhlak dan budaya tinggi.