4 kluster baru di 6 negeri

4 kluster baru di 6 negeri

Kluster baru itu membabitkan Sabah, KL, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

Kementerian Kesihatan sedang memantau 185 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan hari ini mengesan empat kluster baru di Sabah, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

Ia adalah kluster Kupi-kupi di Penampang, Sabah, kluster Tapak Bina Ikon Bintang membabitkan Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur, kluster Bandar Impian di Kluang, Johor, Pasir Puteh di Kelantan dan Kuala Kangsar di Perak, serta kluster Jalan Kemang di Port Dickson di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster Kupi-kupi di Penampang dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Dis lalu hasil saringan individu bergejala.

Katanya, semua 12 individu yang disaring setakat ini disahkan positif virus itu dan pengesanan kontak rapat giat dijalankan.

Bagi kluster Tapak Bina Ikon Bintang di Kuala Lumpur pula, kes indeks dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja membabitkan sebuah tapak binaan hari ini.

Setakat ini, Hisham berkata, 532 individu disaring dengan 12 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, kes indeks untuk kluster Bandar Impian yang membabitkan 3 negeri merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Dis lalu.

Katanya, sembilan dairpada 58 individu yang disaring dikesan positif virus itu setakat ini.

Bagi kluster Jalan Kemang di Port Dickson, kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Dis lalu melalui saringan
individu bergejala.

Sehingga kini, 257 individu disaring dan 19 kes positif dikesan.

Hisham berkata, 396 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 211 daripadanya, termasuk 4 kluster yang tamat hari ini, iaitu kluster Gala, Harmoni, Mahkota dan Bah Kenangan.

Katanya, Kementerian Kesihatan sedang memantau 185 kluster aktif di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 38 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

“Pertambahan kes baru tertinggi adalah kluster Jalan Genting (119 kes), kluster Bintang (45 kes) dan kluster Tapak Bina Muda (39 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.