Peruntukan Kementerian Kesihatan lulus tanpa belah bahagi

Peruntukan Kementerian Kesihatan lulus tanpa belah bahagi

RUU disokong majoriti Ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan tanpa undian belah bahagi.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata RUU dipersetujui dengan suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju,” katanya.

Sesi penggulungan RUU tersebut dibuat Timalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali, dan merupakan kementerian ke-17 diluluskan perbelanjaan di Dewan Rakyat.

Kementerian Kesihatan diperuntukan sebanyak RM31.94 bilion dalam Belanjawan 2021 iaitu RM27.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.