
Memetik statistik yang dikeluarkan di Parlimen, Lim berkata, sekitar RM100 bilion hasil pelancongan hilang tahun ini disebabkan pandemik Covid-19, selain menambah bahawa negeri yang bergantung pada sektor pelancongan menyaksikan banyak perniagaan ditutup dan pekerjaan hilang.
Beliau berkata, kerajaan perlu melakukan lebih banyak bagi membantu pemegang taruh, seperti pemandu pelancong dan pengusaha hotel.
Katanya, industri berdepan tekanan ekonomi yang begitu teruk dan harus diberikan subsidi upah lebih tinggi berbanding sekarang.

“Kementerian pelancongan terus menggunakan pendekatan ‘katak bawah tempurung’ dengan mengunjurkan kadar purata penginapan hotel bagi 2020 sebanyak 61.1% dan 58.4% pada 2021.
“Unjuran palsu dan tidak realistik seperti itu akan merosakkan keyakinan masyarakat bahawa kerajaan tahu bagaimana untuk melnjalankan tugasnya bagi menyelamatkan industri pelancongan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kesenian dan Kebudayaan Pelancongan Nancy Shukri sebelum ini menjelaskan bahawa unjuran 61.1% bagi tahun 2020 dibuat pada 2019, dengan mengambil kira kempen Visit Malaysia 2020.
Lim berkata, Pakatan Harapan (PH) mencadangkan penganggur diberi bantuan kebajikan bulanan sebanyak RM1,000, dengan menambah bahawa pembayaran sekali gus adalah seperti bantuan sambil lewa.
“Perlu ada lanjutan automatic ke atas moratorium pinjaman bank (tidak termasuk kumpulan T20), upah RM500 dan insentif pengambilan RM300 setiap bulan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, selain dana tambahan sebanyak RM10 bilion kepada SME, terutama dalam industri pelancongan.
Lim berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menyediakan rancangan komprehensif untuk menyelamatkan industri pelancongan bagi mengimbangi kerugian yang dialami industri ini, selain menambah bahawa aduan yang kerap diterima ialah kesukaran mendapatkan pinjaman bank. ”
“Industri pelancongan adalah mangsa terbesar krisis ketidakstabilan politik, kemelesetan ekonomi dan pandemik Covid-19 di Malaysia.
“Kegagalan menangani krisis tiga serangkai ini menyebabkan Malaysia mengalami penghinaan kerana menjadi negara ASEAN pertama yang diturunkan penarafan kreditnya oleh Fitch Ratings,” katanya.