2,018 kes Covid-19 dilaporkan hari ini

2,018 kes Covid-19 dilaporkan hari ini

Jumlah jangkitan COVID-19 kini sebanyak 95,327 kes.

PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,018 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 2,011 adalah penularan tempatan, manakala baki 7 kes adalah jangkitan di luar negara.

Jumlah jangkitan COVID-19 di negara kini sebanyak 95,327 kes.

Ketika ini, sebanyak 16,496 mangsa sedang dirawat, dengan 109 pesakit di ICU dan 55 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu 1,084 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

Satu kes kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah korban 438 orang. Menurut KKM, kematian itu melibatkan pesakit lelaki berusia 50 tahun warganegara asing di Sabah.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi, iaitu sebanyak 1,024 kes, diikuti oleh Johor 278 kes, dan Sabah 247 kes.

Sebanyak 243 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (234 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), dan Kluster Tembok (3 kes).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.