
“Jemput datang ke pejabat saya esok pada jam 1 tengah hari. Saya akan bertemu dengan anda selepas mesyuarat Jemaah Menteri. Saya harap anda dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan saya,” katanya di Twitter.
FMT sudah menghubungi Lim bagi mendapatkan responnya, berhubung pelawaan Khairy itu.
Terdahulu, Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri meminta penjelasan lebih lanjut mengenai kos yang dibayar Malaysia untuk membeli vaksin Covid-19 dari Pfizer.
Ia selepas Khairy menyifatkan dakwaan Lim bahawa Belgium membayar 20 kali lebih murah untuk vaksin Pfizer berbanding Malaysia sebagai tidak benar.
“RM3 bilion (yang akan dibayar Malaysia) merupakan adalah anggaran keseluruhan untuk mendapat vaksinasi untuk 70% daripada penduduk negara,” kata Khairy sebelum ini.
Harga bagi setiap dos yang dijual kepada Malaysia sehingga kini masih tidak diketahui, kerana Pfizer melakukan perjanjian tanpa pendedahan. Bagaimanapun menurut Khairy, kerajaan menyasarkan untuk mendapatkan vaksin ini pada harga yang bersesuaian.
Hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, AstraZeneca, bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19, iaitu tambahan 10% lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara.
Ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40%, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan COVAX dan Pfizer.
Menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan COVAX dan Pfizer, Malaysia dijadualkan menerima bekalan yang meliputi 30% rakyat.
“Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino, dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80% jumlah populasi negara atau 26.5 juta,”