
Khairy tidak boleh memberikan butiran lanjut tentang syarikat farmaseutikal yang menghasilkan vaksin itu, tetapi berkata ia masih perlu diluluskan pihak berkuasa Malaysia terlebih dahulu.
“Tawaran UAE ini adalah tawaran kerajaan dengan kerajaan. Saya ada dengar UAE mahu menghadiahkan…500,000 dos vaksin dari China kepada Malaysia,” katanya Khairy pada sidang media.
“Saya belum nampak apa-apa secara bertulis, cuma ada terdengar mengenainya.”
Beliau mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bahawa Kementerian Kesihatan belum terima apa-apa secara rasmi.
“Pendirian kerajaan adalah walaupun ia hadiah ia masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara).”
Hisham dalam kenyataan hari ini berkata pendaftaran COVID-19 dengan NPRA mengambil masa antara tiga hingga empat bulan.
Beliau mengesahkan UAE berminat untuk menyumbang vaksin kepada Malaysia, tetapi beliau pada sidang medianya tidak dapt mengesahkan vaksin itu dari China atau negara lain.
Malaysia sekarang ini sedang berunding dengan dua firma China, iaitu Sinovac dan CanSno, untuk mendapatkan vaksin.