Kes COVID-19 lepasi 100,000 kes menuju Tahun Baharu

Kes COVID-19 lepasi 100,000 kes menuju Tahun Baharu

Keseluruhan kes jangkitan COVID-19 melepasi 100,000 kes hari ini.

PETALING JAYA:
Keseluruhan kes jangkitan COVID-19 secara rasminya melepasi 100,000 kes hari ini, dengan pertambahan 1,581 pesakit baharu, mengatasi bilangan 1085 pesakit yang sembuh.

Ini menjadikan Malaysia antara 75 negara yang merekodkan angka lebih 100,000 kes sejak wabak mula menyerang negara awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu 1,579 adalah penularan tempatan, manakala 2 kes adalah jangkitan di luar negara.

Ketika ini, sebanyak 18,773 mangsa sedang dirawat, dengan 102 pesakit di ICU dan 45 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,085 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama. Dua kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban 446 orang setakat ini.

Dua kematian itu berlaku di Sabah, membabitkan seorang lelaki usia 61 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan strok, dan seorang perempuan berusia 15 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.