1,594 kes COVID-19, 3 kematian

1,594 kes COVID-19, 3 kematian

Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh negara kini sebanyak 106,690 kes.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,594 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,591 adalah penularan tempatan, manakala baki tiga kes adalah jangkitan di luar negara.

Jumlah jangkitan COVID-19 yang direkodkan di negara ini kini sebanyak 106,690 kes.

Ketika ini, sebanyak 20,643 mangsa sedang dirawat, dengan 116 pesakit di ICU dan 53 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,181 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

Tiga kes kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah korban 455 orang.

Kematian terbaru melibatkan dua pesakit lelaki tempatan dan seorang pesakit perempuan tempatan berusia 62 hingga 90 tahun di Selangor dan Sabah.

Pesakit mempunyai latar belakang sakit lain seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, dan gout.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi, iaitu sebanyak 593 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur 194 kes, dan Johor 191 kes.

Hisham berkata sebanyak 108 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresendan penjara.

“Ini membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster Pagar Siput (6 kes), Kluster Tembok (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Pagar Bentong (5 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), dan Kluster Kolam Air (3 kes)” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.