1,870 jangkitan baru COVID-19, Johor tertinggi

1,870 jangkitan baru COVID-19, Johor tertinggi

Ketika ini sebanyak 22,562 mangsa sedang dirawat.

PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,870 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Johor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 607 kes.

Kes di Selangor masih tinggi dengan 472 kes, diikuti Sabah dengan 208 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes di Johor berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

Sementara itu, Kuala Lumpur melaporkan 219 kes, diikuti Pulai Pinang (69), Kelantan (56), Perak (48), Pahang (48), Negeri Sembilan (34), Kedah (23), Melaka (8), Labuan (2), Terengganu (2), Sarawak dan Putrajaya masing-masing 1 kes.

Hampir semua negeri melaporkan jangkitan baharu kecuali Perlis.

Sementara itu, Hisham berkata daripada keseluruhan kes dalam tempoh 24 jam lalu, 1,868 kes adalah penularan tempatan.

Jumlah jangkitan COVID-19 yang direkodkan sehingga kini sebanyak 110,485 kes.

Ketika ini, sebanyak 22,562 mangsa sedang dirawat, dengan 131 pesakit di ICU berbanding 117 semalam dan 62 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Enam kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban 463 orang.

Kematian membabitkan lima pesakit lelaki dan seorang perempuan, berusia antara 45 hingga 69 tahun, di mana empat di Sabah dan satu di Johor dan Selangor.

Dalam pada itu, 745 mangsa sembuh dalam tempoh sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.