2 daripada 5 kluster baru di Lembah Klang

2 daripada 5 kluster baru di Lembah Klang

Dua daripada kluster yang dikesan di Lembah Klang terletak di Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai, Hulu Langat dan Klang.

Terdapat 225 kluster aktif setakat ini, dengan 49 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan lima lagi kluster baru COVID-19 di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dua daripada kluster yang dikesan di Lembah Klang membabitkan Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai, Hulu Langat dan Klang.

Dua lagi kluster di Johor.

Hisham berkata, kluster Jalan Galah dikesan di Klang, Selangor, dengan 22 daripada 90 individu yang disaring disahkan positif COVID-19.

“Kluster kedua merupakan kluster Jalan Datuk melibatkan Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur, daerah Klang dan Hulu Langat di Selangor, serta Putrajaya di mana sehingga kini 23 orang dikesan positif.

“Kluster ketiga ialah kluster Kampung Baharu di Johor Bahru dan Pontian, Johor.

“Sehingga kini, 194 individu disaring dan 35 daripadanya didapati positif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, satu lagi kluster baru dikenal pasti sebagai kluster Pekeliling di Johor Bahru, Johor dengan 27 daripada 185 orang yang disaring disahkan positif virus itu.

Kluster terakhir ialah kluster Jalan Rasah di Seremban, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

“Kes indeks kluster ini merupakan kes ‘Severe Acute Respiratory Infections’ (SARI).”

Katanya, sehingga kini, 17 daripada 47 orang yang disasring dikesan positif COVID-19.

Hisham berkata, 511 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, di mana 286 daripadanya, termasuk tiga yang tamat hari ini, iaitu kluster Teduh, Jaya dan Berendam.

Katanya, masih ada 225 kluster masih aktif setakat ini, dengan 49 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.

Beliau berkata, kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah Seruling (371 kes), Penjara Jalan Harapan (285 kes) dan Teratai (151 kes).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.