
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 30 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan ia rekod tertinggi pernah dilaporkan dalam negara.
Jumlah tertinggi pernah dilaporkan sebelum ini pada 1 Jun lalu iaitu 27 kluster.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 18 adalah kluster tempat kerja dengan 10 melibatkan sektor perkilangan dan masing-masing satu kes membabitkan kluster pusat tahanan dan keagamaan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Sabah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Putrajaya, dan Perak.
Perincian 30 kluster baharu dikenal pasti hari ini adalah seperti berikut.
- Kluster Jalan Silat Harimau 21 (Johor Bahru) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Bertam 23 (Johor Bahru) dengan 6 kes
- Kluster Jalan Teknologi Perintis Dua (Johor Bahru) dengan 15 kes
- Kluster Jalan Kebun Sayur (Muar) dengan 55 kes
- Kluster Jalan Parit Haji Zain (Muar) dengan 33 kes
- Kluster Ladang Tereh (Kluang) dengan 25 kes
- Kluster Taman Aman (Kluang dan Batu Pahat) dengan 17 kes
- Kluster Jalan Utama (Sandakan) dengan 15 kes
- Kluster Sawit Kinabatangan (Kinabatangan) dengan 29 kes
- Kluster Jalan Ketiau Tombovo (Putatan) dengan 9 kes
- Kluster Persiaran Sabak 26 (Petaling dan Klang) dengan 30 kes
- Kluster Jalan Waja Enam Belas (Kuala Langat) dengan 22 kes
- Kluster Sri Cemerlang (Kota Bharu dan Pasir Mas) dengan 17 kes
- Kluster Industri Chain Ferry (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dengan 25 kes
- Kluster Hilir Sungai Kluang Tiga (Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara) dengan 71 kes
- Kluster Industri Bukit Nian (Alor Gajah) dengan 41 kes
- Kluster Dah Saga (Kota Setar, Pendang, dan Sik) dengan 42 kes
- Kluster Jalan Alamanda Dua (Putrajaya, Hulu Langat, Petaling, dan Sepang dengan 8 kes
- Kluster Gusi (Papar) dengan 25 kes
- Kluster Tamalang ( Kota Belud) dengan 27 kes
- Kluster Murni C (Nabawan dan Penampang) dengan 22 kes
- Kluster Bukit Jong (Machang dan Kota Bharu ) dengan 13 kes
- Kluster Kampung Bakong (Pasir Mas) dengan 8 kes
- Kluster Kampung Jejawi (Pasir Mas) dengan 7 kes
- Kluster Jaya Gading (Kuantan) dengan 53 kes
- Kluster Jalan Kasturi Satu (Hulu Langat) dengan 15 kes
- Kluster Behrang Stesen (Muallim) dengan 37 kes
- Kluster Bukit Gasing (Petaling) dengan 26 kes
- Kluster Kilometer 35 Kemendor (Jasin dan Melaka Tengah) dengan 33 kes
- Kluster Pagar Jalan Sultanah (Mersing) dengan 21 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,338 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 713 daripadanya kluster aktif dan 1,625 lagi sudah tamat.