‘Bagai cerita kartun, karut’, Zahid jawab dakwaan hilang kepercayaan Nazri
Presiden Umno ulas dakwaan 25 Ahli Parlimen parti itu hilang kepercayaan terhadapnya.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan kononnya 25 Ahli Parlimen daripada parti itu hilang kepercayaan terhadapnya sebagai karut.
Zahid secara sinis turut menyifatkan dakwaan itu bagai cerita kartun.
“Hilang kepercayaan kepada MP (Ahli Parlimen) lain? Cerita kartun,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen termasuk beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Zahid sebagai Presiden Umno.
Nazri berkata, tindakan itu dibuat selepas Zahid dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Berikutan itu, Nazri bersama 24 Ahli Parlimen lain membuat sokongan supaya Menteri Luar Hishamuddin Hussein diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.