
Katanya, pesakit kategori itu dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan bantuan oksigen.
“Hanya satu kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dan pesakit dalam keadaan stabil. Setakat ini, tiada kematian dilaporkan melibatkan kes varian Delta,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sapian berkata, 93 kes varian Delta itu dikesan di Sarawak sejak Mei lalu.
Daripada jumlah itu, Kuching mencatatkan kes tertinggi dengan 69 kes, Samarahan (10 kes), Serian (enam kes), Sri Aman (lima kes), Miri (dua kes) dan Sibu (satu kes).
“Jabatan Kesihatan Negeri memohon masyarakat di Sarawak tidak leka dan terus waspada, serta mengamalkan saranan dan nasihat kesihatan setiap masa sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian.
“Orang ramai juga digalakkan memakai dua lapisan pelitup muka, sekiranya berada di tempat berisiko tinggi.”