3 hari ‘tinggal’ dalam kereta tersadai, mana keluarga Sarah?

3 hari ‘tinggal’ dalam kereta tersadai, mana keluarga Sarah?

Kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun itu dibawa orang awam ke Balai Polis Penampang untuk mendapatkan bantuan.

Kanak-kanak dikenali sebagai Sarah dipercayai bersendirian dalam kenderaan di Taman Suria, Penampang, sejak tiga hari lalu. (Gambar IPD Penampang)
PENAMPANG:
Seorang kanak-kanak yang dipercayai bersendirian dalam sebuah kenderaan sejak tiga hari lalu di Taman Suria, di sini, diselamatkan orang awam, hari ini.

Kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 tahun dikenali sebagai Sarah itu kemudian dibawa orang awam ke Balai Polis Penampang untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata kanak-kanak yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri itu dipercayai berbangsa Suluk berdasarkan pertanyaan lisan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali penama sila hubungi IPD Penampang di talian 088 712222 atau terus ke Balai Polis Penampang,” katanya ketika dihubungi.

Haris berkata, kerjasama masyarakat diperlukan bagi membantu polis mengesan keluarga atau waris kanak-kanak terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.