
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berkaitan tuduhan rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, individu itu akan didakwa pada jam 9 pagi.
SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen itu, tetapi sumber memberitahu FMT yang Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, akan didakwa esok.
Sumber berkata, Rozman akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.