
Ia susulan operasi pematuhan yang dijalankan oleh polis di kaki bukit berkenaan pada 7.30 pagi tadi.
Seramai 250 pengunjung diperiksa polis yang turut diiringi dua petugas Kementerian Kesihatan, termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA).
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Zainuddin Md Yusoff berkata, semua remaja berusia 14 hingga 18 tahun itu dikompaun selepas pemeriksaan menerusi aplikasi MySejahtera mendapati mereka tidak lengkap vaksin.
“Remaja terbabit dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dengan nilai kompaun RM2,000 setiap seorang.
“Polis sentiasa mengingatkan individu yang tidak lengkap vaksin tidak boleh ke tempat pelancongan atau lokasi tumpuan orang ramai,” katanya dipetik Kosmo.
Selain itu, polis turut mengeluarkan notis amaran kepada 15 pendaki bukit itu yang didapati leka dan gagal menjaga penjarakan fizikal.