
Daripada jumlah itu, 10 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,614.
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Perak (enam), Kedah (lima), Sabah, Selangor dan Terengganu (masing-masing empat), Sarawak (tiga), Pahang (dua) serta Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (masing-masing satu)
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 61,999 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 471 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 264 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,929 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,658,772.