
Daripada jumlah itu, sembilan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,718.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Selangor (11), Kedah (lapan), Perak (tujuh), Pulau Pinang (enam), Sabah (lima), Negeri Sembilan (empat), Johor dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Kelantan, Pahang dan Sarawak (masing-masing dua) serta Melaka (satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,411 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 437 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 240 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,817 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,667,999.