
Utusan Malaysia melaporkan, khabar duka itu dimaklumkan bapanya, Mahathir Jamal, 40.
Menurut Mahathir, anaknya mengalami masalah dalaman kritikal sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Putri bongsu saya dikebumikan pagi ini di tanah perkuburan Islam Karak KL Batu Muda,” katanya.
Pada 4 Disember lalu, media melaporkan Nur Airis memerlukan RM250,000 bagi menampung kos pemindahan hati di China kerana keadaan fizikal bayi tersebut tidak mengizinkan pembedahan dilakukan di negara ini.
Nur Airis menghidap penyakit Biliary Atresia selepas umurnya mencecah satu bulan lebih dan menderita hingga umurnya mencecah tujuh bulan.
Biliary Atresia adalah sejenis penyakit hati yang jarang dijumpai, penyakit tersebut hanya berlaku pada satu daripada 10,000 bayi di seluruh dunia.