
Daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,879.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kelantan (tiga), Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Melaka dan Sabah (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 58,852 kes aktif dilaporkan, termasuk 407 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 216 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,399 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,691,639.