Wanita warga emas maut jatuh flat hempap kereta

Wanita warga emas maut jatuh flat hempap kereta

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta dengan cermin depannya pecah serta retak.

Polis berkata mangsa dipercayai jatuh dari unit atas flat itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas yang dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas terjatuh dari sebuah flat sebelum menghempap kereta di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata sepasukan anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian menemui mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta dengan cermin depannya pecah serta retak.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima panggilan kecemasan membabitkan insiden mangsa berusia 62 tahun itu pada 7.22 pagi.

“Mangsa dipercayai jatuh dari unit atas flat itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam kenyataan.

Idzam berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden terbabit.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Mohd Redzuan Md Darus di talian 03 92050301 dengan sambungan 302.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.