
Daripada jumlah itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,908.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (empat), Kelantan, Sabah, Sarawak dan Selangor (masing-masing tiga) serta Kedah, Pahang, Perlis, Pulau Pinang (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Melaka, Perak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 57,926 kes aktif dilaporkan, termasuk 408 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 206 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,401 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,695,143.