Isteri, 2 anak MB Selangor positif Covid-19

Isteri, 2 anak MB Selangor positif Covid-19

Amirudin Shari berkata setakat ini beliau negatif daripada jangkitan wabak itu berdasarkan ujian RT-PCR.

Amirudin Shari akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada Khamis.
PETALING JAYA:
Isteri Menteri Besar Selangor Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19, semalam.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata setakat ini beliau negatif daripada jangkitan wabak itu berdasarkan ujian RT-PCR dijalaninya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya Masdiana Muhamad dan dua anak saya telah disahkan positif Covid-19 pada Isnin, 13 Dis.

“Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul susulan perkembangan itu.

“Saya juga mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.