
Katanya, kes indeks bagi kluster yang dipanggil Puncak Ilmu ialah seorang pelajar lelaki UMS yang tinggal di asrama.
“Saringan ke atas kontak rapat mendapati 40 orang pelajar dan kakitangan UMS juga telah dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes,” katanya ketika dihubungi.
Minggu lalu, dua institut pendidikan dilaporkan mencatat kluster Covid-19 iaitu Kluster Bakut membabitkan sebuah institut perguruan di Tuaran, serta Kluster Debut yang membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Mohd Ali di Ranau.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, sebanyak 231 lagi kes baharu dicatatkan di negeri ini, hari ini, iaitu meningkat 51 kes berbanding semalam.
Katanya, daripada jumlah itu, 215 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat pesakit dalam Kategori 3, tiga pesakit dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5, manakala 10 kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).