3,900 kes Covid-19, 7 kluster

3,900 kes Covid-19, 7 kluster

Jumlah jangkitan kini 2,703,140 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,900 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,703,140 kes setakat ini.

Katanya, 4,552 pesakit telah sembuh, manakala 384 pesakit masih menerima rawatan rapi dengan 304 pesakit disahkan positif Covid-19, selain 80 lagi dalam siasatan.

Sebanyak 213 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 142 pesakit disahkan positif Covid-19 dan baki 71 dalam siasatan.

Sementara itu, 3,881 jangkitan tempatan direkodkan hari ini, membabitkan 3,692 rakyat Malaysia dan 189 warga asing, manakala 19 kes import.

Daripada jumlah itu, hanya 2.2% pesakit adalah Kategori 3, 4 dan 5 ketika didiagnosis.

Beliau turut melaporkan tujuh kluster baharu, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.