33 kematian baharu Covid-19

33 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 4 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Terengganu mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam, iaitu tujuh kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 33 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,989.

Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Kelantan dan Selangor (masing-masing lima), Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing empat), Johor dan Kedah (masing-masing tiga) serta Pahang (dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 56,989 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 446 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 142 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,552 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,703,140.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.