Dr M dimasukkan ke IJN

Dr M dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri itu tiba di IJN pada jam 7 malam tadi.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN jam 7 malam tadi.
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, IJN memaklumkan beliau tiba pada pukul 7 malam tadi.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut,” menurut kenyataan itu.

“Beliau dijangka berada di IJN untuk beberapa hari lagi.”

Pada 2018, Mahathir dirawat kerana jangkitan di dada juga di IJN dan turut dimasukkan untuk rawatan dan pemantauan pada Ogos 2016.

Mahathir, yang berusia 96 tahun, mengalami serangan jantung ringan pada 2006.

Beliau telah menjalani dua pembedahan pintasan, yang pertama di Hospital Kuala Lumpur pada 1989 dan yang kedua di IJN pada 2007.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.