Lelaki cuba rempuh polis mati ditembak

Lelaki cuba rempuh polis mati ditembak

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Lukas Aket ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Lukas Aket ketika dihubungi malam tadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Polis menembak mati seorang pemandu kereta dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.

Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Lukas Aket ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.