Dr M akan jalani beberapa lagi siri pemeriksaan, kata IJN

Dr M akan jalani beberapa lagi siri pemeriksaan, kata IJN

Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan pemeriksaan itu akan dilengkapkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Susulan prosedur operasi standard Covid-19, IJN tidak membenarkan pelawat mengunjungi bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kini menjalani beberapa lagi siri pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam kenyataannya berkata, pemeriksaan berkenaan akan dilengkapkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Beliau kekal berada di IJN sehingga tempoh itu,” katanya kenyataan itu.

Katanya, susulan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, tiada pelawat dibenarkan mengunjungi Mahathir.

Semalam, Mahathir dimasukkan ke IJN pada jam 7 malam.

Pada 2018, Mahathir dirawat kerana jangkitan di dada juga di IJN dan turut dimasukkan untuk rawatan dan pemantauan pada Ogos 2016.

Mahathir, yang berusia 96 tahun, mengalami serangan jantung ringan pada 2006.

Beliau menjalani dua pembedahan pintasan, yang pertama di Hospital Kuala Lumpur pada 1989 dan yang kedua di IJN pada 2007.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.