
Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu mengalu-alu kedatangan Warisan itu, asalnya ia menunjukkan kematangan dalam berpolitik.
Hamzah ketika ditemui pemberita di tepian Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda dan Wanita Bersatu berkata, atas sebab demokrasi pihaknya tidak membantah langkah melebarkan sayap ke Tanah Melayu, namun mengingatkan bahawa Presiden Warisan sendiri, Shafie Apdal, semasa penubuhan parti berkata perjuangannya khusus kepada Sabah.
“Hari ini dia pula yang nak masuk ke Semenanjung,” kata Hamzah, yang menarik perhatian kepada perjuangan Warisan yang sudah berubah itu.
“Ini bermakna Warisan merupakan satu parti yang tak konsisten dalam perjuangan mereka. Bersatu walaupun baharu konsisten dari asal penubuhan parti.”
Faizal di acara sama memberitahu pemberita bahawa beliau menyambut baik kedatangan Warisan ke arena politik Semenanjung itu, lagipun Bersatu juga telah bertapak di Sabah.
“Asalkan kita semua amalkan politik matang,” katanya.
Warisan secara rasmi melebarkan sayap ke Semenanjung semalam, dengan Shafie berjanji akan “menjadi Perdana Menteri untuk semua” sekiranya menang PRU15.
Beliau mengesahkan Warisan akan bekerjasama dengan MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Shafie sebelum ini merupakan pilihan Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Perdana Menteri, serta alternatif bagi DAP dan Amanah sekiranya Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.