
Daripada jumlah itu, tujuh korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,073.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Selangor (enam), Sabah (empat), Kedah dan Pulau Pinang (masing-masing tiga), Kuala Lumpur (dua) serta Johor, Melaka, Pahang dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 54,094 kes aktif dilaporkan, termasuk 391 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 215 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,083 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,715,847.