
Ini menjadikan keseluruhan 2,638,191 daripada 2,721,544 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 379 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 307 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 72 orang disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah itu, 210 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 142 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 68 orang masih dalam siasatan.
Hisham berkata, terdapat 36 kes import dan baki 2,543 kes penularan tempatan yang membabitkan 2,427 warganegara serta 116 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 2.5% adalah Kategori 3 hingga 5.
Nilai R-Naught negara pula direkodkan pada kadar 0.92, dengan Pahang dan Pulau Pinang mempunyai kadar R-Naught tertinggi 1.00, diikuti Negeri Sembilan (0.99).
Katanya, tiga kluster turut dilaporkan hari ini.