3,140 kes Covid-19, 4 kluster

3,140 kes Covid-19, 4 kluster

Jumlah jangkitan kini 2,724,684 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,140 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu peningkatan berbanding 2,589 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 2,724,684.

Katanya, 4,278 pesakit telah sembuh manakala 353 pesakit masih menerima rawatan rapi, dengan 275 daripadanya disahkan positif Covid-19 manakala 78 dalam siasatan; 189 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 125 pesakit positif Covid-19 dan baki 64 dalam siasatan.

Sebanyak 3,082 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini melibatkan 2,910 rakyat Malaysia dan 172 warga asing, selain 58 kes import.

Daripada jumlah itu, hanya 2.0% pesakit berada dalam Kategori 3, 4 atau 5 ketika didiagnosis.

Selain itu, katanya, 4 kluster dilaporkan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.