Nhaveen dipaksa lakukan seks oral, kata saksi

Nhaveen dipaksa lakukan seks oral, kata saksi

Mahkamah Tinggi diberitahu, seorang daripada tertuduh turut mengugut merogol ibu dan kakak T Nhaveen sekiranya dia bercakap mengenai kejadian itu.

T Previin (dua dari kanan) bersama peguam keluarga T Nhaveen, Rajesh Nagarajan (kiri) dan Arun Ganesh Boopalan (kanan). Turut bersama, aktivis Arun Dorasamy.
GEORGE TOWN:
Mahkamah Tinggi diberitahu, T Nhaveen dipaksa melakukan seks oral ke atas pembulinya, yang kini menghadapi hukuman membunuh remaja itu.

Saksi utama, T Previin, 23, dalam keterangannya berkata, Nhaveen mengadu kepadanya bagaimana seorang daripada tertuduh, J Ragesuthan, telah memaksanya melakukan seks oral.

Previin berkata, Nhaveen, 17, ketika itu memberitahunya dia tiada pilihan selain mematuhi arahan itu. Dia juga diberi amaran tidak memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa.

Katanya, Nhaveen memaklumkan bahawa Ragesuthan mengugut merogol ibu dan kakaknya sekiranya dia menceritakan mengenai perkara itu.

Previin berkata, mereka membualkan perkara itu pada pada 7 Jun iaitu dua hari sebelum Nhaveen dipukul sehingga koma.

Previin juga dipukul bersama Nhaveen pada 2017, dan kini beliau salah seorang saksi penting dalam perbicaraan kes bunuh sahabatnya itu, yang maut akibat kecederaan otak susulan serangan terhadapnya.

Selain serangan seksual, Previin berkata, Nhaveen juga ditendang, ditampar dan ditumbuk di bahagian kepala.

Katanya, Ragesuthan dan seorang lagi tertuduh (yang dirahsiakan identiti kerana masih juvana ketika kejadian) juga mengejeknya ketika mereka keluar pada hari Nhaveen dipukul mati.

Menurutnya, tertuduh juvana itu menyoal kenapa Nhaveen “tidak memakai sari dan gelang” dalam Bahasa Tamil, iaitu satu sindiran merujuk kepada perwatakan perempuan. Tertuduh itu turut memanggil Nhaveen “pondan”.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Radzi Abdul Hamid bersambung esok.

Ragesuthan, 18, S Gokulan, 18, and dua juvana berusia 16 dan 17 tahun ketika kejadian, dituduh membunuh Nhaveen pada 19 Jun 2017.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika membawa hukuman mati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.