
Ini menjadikan keseluruhan 2,657,074 daripada 2,735,241 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 339 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 261 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 78 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Sementara itu, 180 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 117 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 63 kes masih dalam siasatan.
Hisham berkata, terdapat 103 kes import dan baki 3,425 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 3,247 warganegara serta 178 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 1.9% dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 0.90, dengan Terengganu mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 0.99, diikuti Johor (0.96).
Hisham berkata, empat kluster dilaporkan hari ini.