25 kematian baharu Covid-19

25 kematian baharu Covid-19

Sebanyak lima kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Johor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak enam kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 25 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,290.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Terengganu (lima), Perak (empat), Selangor (tiga), Kedah dan Kelantan (masing-masing dua), serta Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,887 kes aktif dilaporkan, termasuk 339 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 180 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,489 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,735,241.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.