
Ini menjadikan keseluruhan 2,661,495 daripada 2,738,401 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 324 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU), 253 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 71 disyaki dijangkiti.
Sementara itu, 175 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 107 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 68 disyaki positif.
Hisham berkata, 3,004 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 2,877 warganegara dan 127 lagi bukan warganegara.
Terdapat juga 156 kes yang diimport.
Beliau berkata, daripada jangkitan baharu itu, hanya 2.1% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.
Nilai R-Naught negara direkodkan berada pada kadar 0.89, dengan Terengganu mempunyai kadar tertinggi 1.00, diikuti Perak 0.94.
“Terdapat tiga kluster baharu dilaporkan hari ini.”