25 kematian baharu Covid-19

25 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 4 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Selangor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak enam kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 25 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,315.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Perak (empat), Johor dan Pulau Pinang (masing-masing tiga), Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 45,591 kes aktif dilaporkan, termasuk 324 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 175 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,421 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,738,401.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.