19 kematian baharu Covid-19

19 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 3 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Terengganu mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam, iaitu lima kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,334.

Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Perak (empat), Pulau Pinang (tiga), Johor (dua) serta Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Selangor, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 44,815 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 306 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 170 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,539 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,741,179.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.