
Ini menjadikan keseluruhan 2,669,654 daripada 2,743,936 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 297 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 247 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 50 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Sementara itu, 169 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 96 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 73 kes masih dalam siasatan.
Hisham berkata, terdapat 163 kes import dan baki 2,594 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 2,502 warganegara serta 92 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu hanya 1.5% adalah dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 0.90, dengan Terengganu mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.01, diikuti Johor (0.97).
Hisham berkata, tujuh kluster dilaporkan hari ini.
PKPD
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad memaklumkan Felda Jengka 25 di Temerloh, Pahang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 10 Jan depan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit, dengan SOP adalah sama seperti sebelum ini.