Menteri Sarawak kongsi ‘mutiara tersembunyi’ Bumi Kenyalang

Menteri Sarawak kongsi ‘mutiara tersembunyi’ Bumi Kenyalang

Abdul Karim Rahman Hamzah menyenaraikan destinasi pilihannya bagi pengunjung Semenanjung, bermula dari destinasi klasik kepada lokasi yang kurang dikenali.

Taman Hidupan Liar Semenggoh adalah lokasi menarik untuk melihat orang utan yang bebas bergerak dalam persekitaran pusat lindungan berkenaan. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan semula, pastinya rakyat sudah tidak sabar untuk pergi berlibur bersama keluarga ke segenap destinasi menarik di negara ini.
Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah

Antara destinasi menarik tentulah di Sarawak yang diliputi hutan hujan yang dipenuhi mergastua, kekayaan budaya dan makanan yang lazat.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berbangga dapat berkongsi dengan FMT pilihan terbaik untuk pengunjung merasai sendiri “mutiara tersembunyi” di negerinya, yang mungkin tidak dilapor dalam majalah ketika dalam penerbangan.

Kampung Budaya Sarawak

Menjadi lokasi memuatkan intipati mini-Sarawak, memaparkan keunikan perbezaan budaya masyarakat Sarawak.

“Muzium hidup yang wajib dilawati” mempamerkan keunikan budaya dan sejarah Sarawak.

Di kawasan seluas 6.8 hektar ini banyak pameran pakaian dan senjata tradisi disediakan, di samping persembahan muzik dan tarian turun-temurun.

Juga disediakan ialah kelas dan bengkel bagi pengunjung, serta binaan-binaan yang dimodelkan sempena rumah warisan pelbagai etnik.

Habiskan masa seharian di perkampungan ini kerana banyak yang boleh disaksikan.

Taman Negara Bako

Taman negara tertua Sarawak ini menjadi lokasi flora dan fauna yang jarang dilihat di tempat lain selain di Borneo. (Gambar Sarawaktourism)

Diwartakan pada 1957, Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di Sarawak, menjangkau keluasan 27 km persegi. Ia terletak kira-kira 40 minit dari Kuching.

Hampir setiap spesies tumbuhan asal di Borneo ada di sini, begitu juga monyet Belanda, babi janggut Borneo, tenggiling dan memerang, selain spesis haiwan lain.

Taman Hidupan Liar Semenggoh

Taman perlindungan yang menjaga dan memulihkan Orang Utan yang diancam kepupusan sejak 2003.

Di taman yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kuching ini pengunjung boleh menyaksikan kehidupan Orang Utan dalam persekitaran semula jadi.

Turut memeriahkan taman ini adalah burung-burung yang menjadi tumpuan penggemar, serta siamang dan buaya.

Muzium Sarawak – sedang diubah suai, akan dibuka tidak lama lagi

Muzium Sarawak yang menjadi ikon di Kuching akan dibuka semula selepas proses naik taraf selesai.

Muzium tertua di Borneo akan membawa anda menelusuri sejarah Sarawak dan menawarkan pameran untuk dihayati seisi keluarga.

Mula dibuka pada 1891, muzium ini sedang diubah suai tetapi akan dibuka tidak lama lagi.

Pengunjung boleh menyaksikan banyak koleksi sejarah semula jadi dan contoh-contoh artifak Orang Asal seperti kraftangan dan peralatan.

“Muzium ini sekian lama menjadi tarikan di Kuching. Kami menanti hari ia dibuka semula. Pengubahsuaiannya patut siap tahun lepas tapi kerja jadi perlahan kerana wabak Covid-19.”

Gua Angin dan Gua Pari-pari

Pergunungan gua ini menjadi lokasi terbentuknya formasi batu kapur mengasyikkan, selain terdapatnya oasis bagi pengunjung berenang. (Gambar Sarawaktourism)

Tidak jauh dari Kuching, Gua Angin dan Gua Pari-pari di Bau menyimpan bermacam stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan, serta sungai untuk pengunjung melepas lelah selepas perjalanan yang panjang.

Gua-gua ini juga adalah habitat beberapa spesis flora dan fauna yang jarang ditemui. Pengunjung disaran membawa lampu suluh sendiri.

Taman Buaya Jong dan zoo

Taman penternakan buaya terbesar di negara ini dengan pengunjung boleh melihat secara dekat reptilia ganas prasejarah itu. (Gambar Facebook)

Di taman buaya terbesar di Malaysia ini pengunjung boleh menatap dengan dekat reptilia prasejarah itu dengan hanya dipisahkan oleh pagar.

Selain buaya, terdapat juga banyak spesies burung dan haiwan yang jarang ditemui dan hanya boleh dilihat di Borneo.

Tebingan Kuching

Tebingan Kuching menjadi destinasi kegemaran dalam kalangan pelancong luar dan tempatan susulan pemandangannya, selain keindahan pada waktu malam.

Dengan pemandangan yang mengasyikkan pada siang hari dan cahaya lampu memukau pada waktu malam, Tebingan Kuching berdepan dengan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), Astana Kuching dan Kubu Margherita yang tersergam.

“Di sini pengunjung boleh menaiki bot gondola, melihat matahari terbenam dan bersenang-lenang sambil menikmati kecantikan bandar Kuching,” kata Karim.

Terdapat juga gerai-gerai di sepanjang tebing menjual makanan tempatan seperti laksa Sarawak dan mi kolo untuk menjamu selera anda sambil bersiar-siar.

Berdekatannya ialah Jalan Carpenter yang bersejarah dan deretan restoran, bar serta gerai seni jalanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.