
Daripada jumlah itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,392.
Johor dan Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu masing-masing empat kes, diikuti Perak (tiga); Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,357 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 302 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 169 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,434 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,746,833.