
Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,428.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Kuala Lumpur (lima), Perak dan Kelantan (masing-masing empat); Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga), Terengganu (dua).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,682 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 288 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 162 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,322 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,750,516.